Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KEMBARA KENALI BORNEO MENELUSUR 'NYABAU INTERCHANGE'

Posted on 10 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kembara Kenali Borneo Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menelusur Jejambat Nyabau atau Nyabau Interchange sepanjang 1.23 kilometer (km) pada malam Ahad. 

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua serta rombongan di jejambat terpanjang di Sarawak itu sekitar jam 7.20 malam telah disambut oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Ir Ts Richard Tajan. 

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menandatangani memento untuk pihak JKR Sarawak sebelum Seri Paduka Baginda berdua berkenan mengukir kenangan indah dengan bergambar bersama Ir Richard serta pegawai-pegawai kanan JKR Sarawak di mercu tanda berkenaan.  

Sementara itu, Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan menghadiri santapan malam di kediaman Tuan Yang Terutama (TYT) Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman