Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BINTULU INTERNATIONAL MARATHON 2023 PADA 6 OGOS DEPAN

Posted on 28 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Bintulu International Marathon tahun 2023 anjuran Perbadanan Kemajuan Bintulu (BDA) akan diadakan pada 6 Ogos depan.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Barthlowmew Umpit berkata, program larian itu akan diadakan di daerah bintulu yang melibatkan empat kategori acara iaitu larian sejauh 42km, 21 km, 10km dan 6km.
 

“Acara ‘flag off’ akan bermula pada jam 12 tengah malam dan akan berakhir pada jam 8.00 pagi.

“Larian tersebut akan melalui beberapa laluan mengikut justifikasi di sekitar bandar Bintulu,” katanya semasa sidang media di Wisma Bintulu pada Khamis.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa ialan utama di sekitar bandar bintulu akan ditutup separuh dengan menggunakan kon dengan kawalan oleh pihak polis semasa acara berlangsung.
 

Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan pada tarikh tersebut dan mematuhi arahan pihak polis.

Untuk makluman, jalan akan mula ditutup dari jam 10 malam (5 Ogos) sehingga jam 8 pagi (6 Ogos) bergantung kepada larian yang dilakukan oleh para peserta. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman