Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SEKTOR PEMBINAAN DI SARAWAK PAMER DAYA TAHAN, DEDIKASI TINGGI

Posted on 26 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebahagian besar pemaju di dalam sektor pembinaan di Sarawak mempamerkan daya tahan dan dedikasi yang tinggi dengan menepati janji untuk melaksanakan projek mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, meskipun sebahagian projek memberikan cabaran yang luar biasa, namun pemaju di negeri ini tetap proaktif. 

Jelasnya, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang Ming Tee telah mengetuai satu pasukan khas untuk memeriksa dengan teliti projek-projek yang sakit dan tertangguh ini. 

“Jawatankuasa Teknikal Pemantauan Projek Perumahan (JKTP), dengan kerjasama pemaju dan kerajaan telah berunding terus untuk memperbaharui landskap pembangunan perumahan bagi memastikan tiada rakyat Sarawak yang ketinggalan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Jerayawara Rumah & Hartanah Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Bintulu 2023 di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Johnny Pang yakin dengan keupayaan dan reputasi SHEDA, persatuan ini mampu untuk terus memajukan usaha perumahan mampu milik. 

“Ini adalah peluang keemasan untuk kita memiliki hartanah dan rumah idaman.

“Inisiatif-inisiatif oleh SHEDA ini membuktikan dedikasi mereka kepada rakyat Sarawak,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap agar rakyat Sarawak terutamanya penduduk Bintulu yang mengimpikan rumah pertama untuk tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan tawaran terbaik sepanjang program ini berlangsung dari 25 hingga 27 Ogos 2023 di Bintulu Times Square Mega Mall. 

Hadir sama Presiden SHEDA Augustine Wong, Naib Presiden SHEDA merangkap Pengerusi Cawangan Bintulu Joshua Sia dan Pengerusi Pengelola Georg Liang. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman