Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PEMBESARAN SK AGAMA MIS BINTULU DISOKONG BAGI KEMASUKAN LEBIH RAMAI PELAJAR ISLAM

Posted on 22 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pembesaran Sekolah Kebangsaan (SK) Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Bintulu amat disokong bagi memenuhi permintaan kemasukan lebih ramai pelajar Islam ke sekolah itu.

Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili berkata, beliau menyokong permohonan agar sebuah lagi kelas dibuka di sekolah tersebut sekali gus memohon agar pihak MIS melihat kesesuaiannya.

“Pengwujudan sekolah menengah agama baharu pula kita melihat sebagai tuntutan yang telah lama dibuat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, namun disebabkan ada kekangan, ia tidak dapat direalisasikan,” katanya pada Majlis Khatam Al-Quran SK Agama MIS Bintulu di sini, pada Sabtu.

Beliau turut menyatakan prestasi cemerlang sekolah itu serta kapasiti pelajarnya tidak mampu ditampung berikutan permintaan masyarakat setempat, justeru beliau berbesar hati sekiranya MIS dapat mempertimbang untuk memperbesarkan sekolah berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata program tahunan Majlis Khatam Al-Quran itu adalah bagi meraikan anak-anak yang selesai mengaji al-Quran serta sebagai penghargaan kepada mereka sekali gus berharap penghayatan al-Quran tidak terhenti serta dapat diteruskan sampai bila-bila.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman