Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ABANG HAKIMI, SARINAH HUSNA JOHAN QARI & QARIAH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU

Posted on 15 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Abang Hakimi Syarizal Abang Jasmani dan Sarinah Husnan dinobatkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu berlangsung di Bangunan Martabat (LAKIB) Bintulu pada malam Khamis.

Kemenangan itu melayakkan kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM3,000, hadiah iringan, hamper dan sijil penyertaan.

Manakala, naib johan qari dan qariah disandang oleh Abang Jasmani Abang Mazadi dan Norliza Chem yang membawa pulang wang tunai masing-masing berjumlah RM2,200, hadiah iringan, hamper serta sijil penyertaan.

Tempat ketiga qari dan qariah pula dimenangi Kasti Tihi dan Daibah Lamit dengan kedua-dua peserta membawa pulang wang tunai RM1,500, hadiah iringan, hamper dan sijil penyertaan.

Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainudin Abang Turkey yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip telah hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Untuk makluman, seramai 12 peserta, enam qari dan enam qariah memperdengarkan bacaan mereka pada majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Bintulu yang berlangsung sejak 13 September lepas.

Turut hadir wakil Pegawai Islam Bintulu Ustaz Awang Fakrulrizan Awang Madohi, Setiausaha LAKIB Latip Upit dan Temenggong Rosli Kamaruddin. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman