Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

NGABANG GAWAI : PREMIER SARAWAK KUNJUNGI RUMAH TERBUKA DATUK WILSON UGAK

Posted on 04 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong di Jalan Sebiew, di sini pada Ahad.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari hadir kira-kira jam 11.20 pagi bersama Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom selaku Menteri Pengiring.
Kehadiran beliau disambut mesra oleh Datuk Wilson Ugak dan keluarga serta para jemputan yang hadir dengan alunan muzik tradisional bagi memeriahkan lagi majlis, disusuli tarian selamat datang oleh penari kebudayaan suku kaum Iban dan Orang Ulu di sini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi, Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, ADUN Jepak, Datuk Talib Zulpilip, ADUN Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, ADUN Murum, Kennedy Chukpai serta Residen Bahagian Bintulu,Nyurak Keti.

 

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari serta tetamu kenamaan yang lain dibawa ke ruangan khas di halaman kediaman Datuk Wilson Ugak bagi menyempurnakan upacara memotong kek 60 tahun Sarawak Merdeka dan penyampaian cenderahati.

Setelah itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari dan tetamu kenamaan termasuk para jemputan dari pelbagai kaum dan agama disajikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan.
 

Kunjungan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari diakhiri dengan sesi bergambar bersama ahli keluarga Datuk Wilson Ugak diikuti tetamu kenamaan yang lain.

Sementara itu, Datuk Wilson Ugak semasa ditemubual media memberitahu, rumah terbuka ini adalah satu cara untuk beliau memperkuatkan perpaduan di Malaysia yang berkonsepkan Malaysia Madani.

“Bagi diri saya, hari ini hari bersejarah kerana dalam tiga penggal ini saya tidak pernah buat rumah terbuka.

“Walau bagaimanapun, setelah menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya melihat rakan-rakan saya semasa Hari Raya yang lepas telah membuat rumah terbuka, jadi saya memikirkan rumah terbuka ini adalah satu cara untuk membawa rakyat bersama dari segi kerajaan perpaduan kita iaitu Malaysia Madani pada hari ini.

“Jadi sejarah pada diri saya ialah Premier Sarawak sudi datang ke rumah terbuka saya di Bintulu ini. Beliau juga pemimpin yang disayangi dan disegani oleh seluruh rakyat di Sarawak, maka dengan itu saya menjemput penduduk-penduduk di kawasan Parlimen saya di daerah Tubau, Sungai Asap dan Belaga yang berdekatan termasuk wakil-wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berada di kawasan Bintulu ini.

“Tujuan utama adalah untuk menyantuni setiap rakyat dan memastikan bahawa setiap kali perayaan tiba, rakyat dapat merayakannya bersama-sama dengan pemimpin mereka,”katanya.-Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman