Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PENIAGA BAZAR RAMADAN DIINGATKAN TIDAK NAIKKAN HARGA, UTAMAKAN KEBERSIHAN

Posted on 28 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Peniaga di bazar Ramadan di sini diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga juadah di sepanjang bulan Ramadan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, peniaga perlu meletakkan harga jualan mereka dengan harga yang berpatutan.

“Sekiranya harga makanan atau minuman yang dijual adalah terlalu tinggi, ia akan memberi kesan kepada perniagaan mereka kerana pelanggan akan takut untuk meneruskan pembelian di premis tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas meninjau serta mengagihkan jadual berbuka puasa dan imsak kepada orang awam di Bazar Ramadan berhadapan Hotel NU di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Johnny juga mengingatkan agar para peniaga mengutamakan kebersihan di premis masing-masing.

“Peniaga juga diingatkan supaya mengutamakan kebersihan persekitaran dan makanan ketika berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.

“Justeru, diharap peniaga-peniaga yang terlibat dalam aktiviti perniagaan di bazar mementingkan perkara ini,” ujar beliau.

Antara yang turut hadir ialah Pemanca Awang Merais Pengiran Ismail, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1 Pengiran Hamdan Pengiran Kerta, Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 3 Mohidi Drahman, Ketua Kaum Kampung Jabai Johny Jimon serta ahli – ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman