Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

GOTONG ROYONG MEMASAK & MENGAGIH BUBUR LAMBUK WADAH RAPATKAN HUBUNGAN

Posted on 10 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Aktiviti gotong-royong memasak dan mengagihkan bubur lambuk merupakan wadah untuk merapatkan hubungan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi memberitahu, aktiviti seumpamanya dapat mengeratkan silaturahim antara setiap lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan komuniti kampung, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga pihak swasta.

“Program sebegini juga mampu menyemai sikap saling membantu dan bekerjasama sebagai satu pasukan, bersatu padu dan meningkatkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak dan Bintulu khasnya,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Bubur Lambuk dan Berbuka Puasa Kampung Penan Muslim Batu 10 di sini pada petang Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju itu turut menegaskan, mana-mana kerja harus dilakukan dengan lebih tersusun, cekap dan berkualiti termasuk ketika bulan Ramadan bagi memastikan setiap hasil dapat dipertingkatkan.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik penganjuran program berkenaan di mana hubungan kerjasama ditunjukkan antara Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Samalaju dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penan Muslim Batu 10 untuk menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong, seterusnya mengagihkan juadah tersebut kepada warga kampung dan juga kakitangan Pusat Koreksional Bintulu tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Pada program itu, Dato Majang yang juga Pengerusi SABERKAS Cawangan Samalaju turut memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Penan Muslim Batu 10.

Hadir sama, isteri kepada Dato Majang, Datin Evelyn Engsangai, Exco SABERKAS Negeri merangkap Naib Pengerusi SABERKAS Cawangan Samalaju, Ismawi Ishak, Exco SABERKAS Negeri merangkap Pengerusi SABERKAS Tanjung Batu, Sophie Shariee, Ketua Pergerakan Wanita Cawangan Samalaju, Dora Abd Rahman dan Penghulu Raini Piee. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman