Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BPHB BERBUKA PUASA BERSAMA KOMUNITI BINTULU

Posted on 03 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) bersama Jawatankuasa Kebajikan Islam BPHB mengambil peluang untuk mendekati komuniti setempat di sini dengan mengadakan satu majlis berbuka puasa di Masjid Assyakirin pada Sabtu.

Seramai 200 orang telah menghadiri majlis berbuka puasa itu yang turut diisi dengan pelbagai program termasuk ceramah agama bertajuk ‘Puasa Melahirkan Sifat Kejujuran’.

Selain itu, pihak BPHB turut mengagihkan sumbangan sempena Ramadan kepada kepada anak-anak PERYATIM Bintulu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Ruslan Abdul Ghani memberitahu, majlis tersebut merupakan acara tahunan syarikat berkenaan.

“Ia diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara BPHB dengan masyarakat setempat,” katanya. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman