Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

GENERASI MUDA BERPELUANG DAPATKAN KERJAYA PADA MASA DEPAN

Posted on 08 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Generasi muda harus sedar terhadap peluang yang disediakan sebagai langkah menjadi aset untuk jentera penggerak utama dalam membangunkan negeri Sarawak.

Menurut Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, generasi muda Sarawak mempunyai peluang untuk mengisi kekosongan kerjaya yang bakal disediakan di negeri ini.

“Pastinya generasi muda akan mengisi kekosongan berkenaan yang akan menjamin kerjaya untuk mereka dan bukannya orang luar,” katanya dalam Ekspo Pendidikan Sarawak Daerah Tatau pada Sabtu.

Tambahnya, pelajar yang mempunyai pendidikan yang sempurna mampu mendapat kerjaya yang bagus sekali gus mampu meningkatkan pendapatan keluarga.

Pada majlis yang sama, ceramah berkaitan penyalahgunaan dadah dalam institusi pendidikan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau turut diadakan di samping sesi perkongsian oleh Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Daniel Ugih Echoh yang juga merupakan Alumni SMK Tatau.

Turut hadir, Pegawai Daerah Tatau Jabang Anak Juntan, Pengetua SMK Tatau Dr Layang Ugek dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tatau/Sebauh Sektor Pengurusan Tero Anak Bayel. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman