Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

4500 PENONTON SAKSIKAN PERTANDINGAN SENI KUNTAU PESTA TATAU 2023

Posted on 10 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Seramai 4,500 penonton tempatan dan luar telah hadir bagi menyaksikan Pertandingan Seni Kuntau Pesta Tatau 2023 di sini pada Isnin.

Pertandingan Seni Kuntau ini mendapat sambutan menggalakkan dengan 39 penyertaan di mana ia bertujuan untuk mengetengahkan kepelbagaian budaya, bangsa dan adat resam masyarakat di daerah Tatau.

Acara ini menyaksikan tiga kategori dipertandingkan iaitu solo perempuan, solo lelaki dan kategori kumpulan dengan setiap pemenang membawa pulang wang tunai, piala serta sijil.

Untuk kategori solo perempuan, johan telah dimenangi oleh Natasa Apit manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Dorellen Cecelia Janta dan Anisha Inoh.

Untuk kategori solo lelaki, tempat pertama telah dimenangi oleh Johnny Ong, Maradona di tempat kedua dan Henry Alus Mostiyus di tempat ketiga.

7 Helang Menyambar Lautan Bahagian Bintulu pula telah menjadi johan bagi kategori kumpulan dengan naib johan dimenangi oleh Persatuan Kipas Dam Dam Spring Bintulu manakala tempat ketiga diraih Persatuan Kipas Dam Dam Spring Tatau. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman