Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

LAKIB SUMBANG BANTUAN RAYA KEPADA 2,356 ANAK YATIM, ASNAF

Posted on 16 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Seramai 490 anak yatim dan 1866  asnaf, balu dan yang memerlukan menerima bantuan raya daripada Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Jepak merangkap Pengerusi LAKIB Datuk Talib Zulpilip berkata bantuan Raya oleh LAKIB kini telah dinaikkan berbanding tahun sebelumnya untuk meringankan beban golongan tersebut meraikan Aidilfitri yang bakal tiba.

“Anak-anak yatim di negara ini tidak dilupakan, kita akan tetap menjaga demi kelangsungan hidup serta masa depan mereka.

“Kita mempunyai bangunan PERIYATIM. Kita mempunyai sistem membantu mereka dan mereka boleh berjaya di dalam masyarakat dan kini banyak anak yatim yang telah berjaya dan dijadikan contoh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Raya Anak Yatim, Asnaf dan kurang berkemampuan di Bangunan Martabat Bintulu pada Sabtu.

Dalam pada itu itu, Pengerusi Pertubuhan Anak-anak Yatim Bahagian Bintulu, Dato Haidar Khan Ashgar Khan sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada LAKIB di atas sumbangan dan bantuan yang dihulurkan demi anak-anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan di situ.

Ujarnya sebanyak RM100 diagihkan kepada 490 anak-anak yatim dan RM10,000 digunakan untuk bantuan lain seperti pembelian laptop untuk anak-anak yatim.
Turut hadir Temenggong Rosli Kamaruddin, Pemancha Awang Merais Pengiran Ismail Dan Setiausaha LAKIB Latip Upit.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman