Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN JEPAK SEMPURNAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH DOA AKHIR TAHUN 1444H DAN DOA AWAL TAHUN 1444H DI BINTULU

Posted on 19 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip serta isteri Datin Dr Zaliha Abdullah telah hadir menyerikan suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Doa Akhir Tahun 1444H dan Doa Awal Tahun 1445H Peringkat Sarawak di Bahagian Bintulu.

Majlis itu yang diadakan di Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu pada Selasa bermula dengan bacaan doa akhir tahun dan awal tahun sebagai tanda kesyukuran dalam menghayati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah.

Datuk Talib serta jemaah lain kemudiannya menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Bahagian Bintulu Ustaz Awang Fakrulrizan Awang Madohi.

Turut diadakan Tazkirah Maal Hijrah bertajuk ‘Sarawak Maju Makmur’ oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang disampaikan secara langsung menerusi aplikasi Zoom bersama 11 masjid lain.


Selepas itu, majlis diteruskan dengan solat Isyak dan jamuan makan malam bersama para jemaah dan jemputan lain.

Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu Ustaz Dzulhadzi Japar Shedik, Pengerusi Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu Datu Mohidin Ishak serta dif-dif kehormat lain. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman