Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

UNIFOR SALUR GERAN BAIK PULIH KUIL TUA PEK KONG

Posted on 01 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebanyak RM200,000 diperuntukkan oleh Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) kepada Presiden Bintulu Tua Pek Kong Temple, Sim Yong Hiat bagi membaik pulih kuil tersebut.

Penyerahan geran tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Tegasnya, semua pertubuhan agama harus mematuhi peraturan dengan menggunakan dana sebaiknya agar matlamat dan usaha kerajaan Sarawak untuk membantu agama-agama lain tercapai.

“Tujuan penubuhan satu-satunya unit agama lain di negara ini oleh Allahyarham Tan Sri Adenan adalah untuk memastikan semua agama mendapat layanan secara adil dan saksama.  

“Oleh itu, pertubuhan yang mendapat geran perlu menggunakan dana tersebut dengan sebaiknya untuk menaik taraf dan membangunkan kuil atau agama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bagi meninjau projek baikpulih Tua Pek Kong tersebut pada Rabu.

Ujarnya, pada masa kini kira-kira 70 peratus struktur utama membaikpulih kuil tersebut telah siap dan kerja-kerja pengindahan dan hiasan dalam pelaksanaan.

Pada masa yang sama, beliau memuji Kuil Bintulu (Tua Pek Kong) kerana mematuhi peraturan unit agama lain dalam proses pembinaan semula kuil yang turut diiktiraf oleh unit berkenaan.

Beliau berkata, pegawai dari unit agama lain akan sering memeriksa dan menyelia projek itu bagi memastikan kemajuannya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angellie Stephen Raja.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman