Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

11 PELAJAR DARI DUN KAKUS TERIMA SUMBANGAN LANJUT PENGAJIAN

Posted on 29 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

KAKUS: Seramai 11 orang pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus menerima sumbangan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menteri di Jabatan Premier Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata, bantuan secara ‘one off’ tersebut adalah untuk membantu para pelajar dalam persediaan membeli tiket kapal terbang dan yuran pengajian sebelum mereka mendapatkan skim pinjaman pendidikan ataupun biasiswa. 

Menurutnya, skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) penting juga bagi membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan sumbangan kepada pelajar di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, bantuan tersebut juga sebagai insentif galakan kepada pelajar-pelajar dari DUN Kakus untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan peringkat tertinggi seterusnya. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman