Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PESTA TATAU AKAN DIADAKAN PADA AWAL OGOS

Posted on 07 May 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

TATAU: Pesta Tatau akan diadakan pada awal bulan Ogos nanti, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata, acara penuh berprestij ini akan diadakan pada minggu pertama dan kedua bulan berkenaan.

"Bagi tujuan itu, saya berharap agar jawatankuasa penganjur yang terlibat secara langsung dalam Pesta Tatau ini akan dibentuk segera kerana banyak pengisian program akan dilaksana bagi memeriahkan serta menjayakan program ini nanti," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perasmian Dewan Serba Guna Kampung Dagang Tatau sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 semalam.

Beliau berharap penganjuran pesta sebegini akan membantu penduduk di daerah tersebut meningkatkan pendapatan melalui gerai jualan pelbagai produk serta hasil tempatan.

"Program sebegini bukan hanya untuk bersuka ria dan mengeratkan tali silaturahim sesama penduduk, namun pada masa sama membantu penduduk setempat meningkatkan tahap ekonomi melalui aktiviti jualan produk termasuk makanan dan minuman tempatan," ujarnya.

Inilah katanya, masa yang sesuai bagi penduduk tempatan memperkenalkan daerah Tatau kepada orang luar akan keunikan serta pelbagai produk tempatan yang mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Terdahulu, Ahli Parlimen Selangau Edwin Banta yang turut berucap pada majlis terbabit mengumumkan pemberian projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM35,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Dagang.

Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan, Pengetua SMK Tatau Dr Layang Ugek dan Pegawai Tadbir Daerah Tatau Raden Azamry Raden Perhan antara yang hadir.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman