Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

AMMONIA BIRU BERPOTENSI PACU INDUSTRI PETROKIMIA SARAWAK

Posted on 19 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Bahan api Ammonia Biru dilihat sebagai salah satu industri yang berpotensi memacu industri Petrokimia di Sarawak.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Sarawak berpotensi menjadi hab utama pengeluar dan pengeksport Ammonia Biru di rantau Asia Tenggara.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak mengambil peranan aktif dalam membangunkan keseluruhan kitaran projek Ammonia Biru di negeri ini.

“Kita akan melancarkan satu lagi projek di bawah Sarawak Petchem iaitu Ammonia, akan diletakan disebelah Methanol.

“Dan ini adalah lebih kurang pelaburan 1 Billion Dolar AS, lebih kurang 4 Billion Ringgit Malaysia. Ammonia ini pastinya akan menjadi bahan untuk menghasilkan tenaga di samping industri hiliran lain berasaskan Gas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyediaan Gas Pertama Kemudahan Penjualan Gas Tambahan Bintulu (B-A-G-S-F) 2, di Tanjong Kidurong, Bintulu pada Isnin.

Sementara itu, beliau turut menyatakan Kerajaan negeri sedang giat menjalankan penyelidikan serta kerjasama dalam menghasilkan Ammonia Biru.

Tambah beliau, bahan api itu juga berpotensi menjadi bahan ganti bahan api berasaskan arang batu.

“Kita akan membangunkan tenaga menggunakan gas terbaik selain hidrogen. Kajian hidro kita adalah lebih kurang 20 Ribu Mega Watt.

“Dan kita mempunyai pendekatan perancangan baru, di mana kita akan membangunkan empangan berlata (cascading dam) yang menggunakan sungai, ia akan menjana tenaga,” ujarnya

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni serta tetamu kehormat yang lain.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman