Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

APMM BINTULU RAMPAS ROKOK, MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI RM45,250

Posted on 16 May 2023
Source of News: UTUSAN BORNEO ONLINE

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu berjaya merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM45,250 dalam satu operasi di pantai Samalaju, pada malam Ahad.

Pegawai Memerintah KM Setia Zon Maritim Bintulu Leftenan Komander (M) Mohd Naiem Razak berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, pasukan APMM bergerak ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

"Semasa bot peronda menghampiri pantai Samalaju, pasukan mengesan kegiatan yang mencurigakan di kawasan pantai yang mana terdapat lima individu sedang memunggah barangan ke dalam dua buah pacuan empat roda (4WD) mereka," ujarnya dalam sidang media di Pejabat APMM Bintulu, pada Isnin.

Menyedari kehadiran pasukan penguatkuasaan, kelima-lima suspek bertindak memecut 4WD yang digunakan bagi melarikan diri.

Nombor plat kenderaan yang digunakan bagaimanapun katanya, tidak dapat dikenal pasti memandangkan jarak penglihatan yang terhad serta keadaan laut yang bergelora.

Menurutnya lagi, pihaknya menemui 15 kotak rokok dan 95 karton minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM45,250 sebelum cukai hasil pemeriksaan lanjut ke atas barangan ditinggalkan oleh suspek.

Kes itu katanya akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Beliau berkata APMM sentiasa mengalu-alukan maklumat dan aduan seluruh masyarakat maritim mengenai sebarang aktiviti atau kejadian yang mencurigakan di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314254.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman