Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DATUK JOHN SIKIE LAWAT TAPAK PROJEK RTP, RASMI MAJLIS NIGILING BIDAI RUMAH DILANG

Posted on 01 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK
TATAU: Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu telah mengadakan lawatan ke tapak enam buah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang sedang dan siap dilaksanakan pada Jumaat.

Semasa lawatan itu, beliau memaklumkan kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi membaiki jalan di Bukit Kana yang runtuh dan tender akan ditutup pada 12 Julai ini.

Seterusnya, beliau dan rombongan dibawa melawat ke tapak projek RTP Jalan Rumah Jackson Rentap Ulu Anap Tatau dan Rumah Gelimai Setusur Anap yang sedang dalam pembinaan.

Turut dilawat, tapak projek siap RTP jalan kubur Muput komuniti Sungai Muput Tatau, Jalan Rumah Ambrose Uking Jalan Tatau Sangan, laluan berbumbung jalan kaki di SK Tatau dan projek naik taraf Jalan Rumah Sengalang Selitut Tatau Bintulu.

Berucap pada program berkenaan, beliau menjelaskan majlis Ngiling Tikai harus diadakan pada penghujung bulan Jun sebagai penutup sambutan Gawai. 

Hadir sama Penolong Jurutera JKR Bahagian Bintulu Ngu Tie Hwa, Pemanca Daerah Tatau Pemanca Gerosen Jubin dan penduduk di sekitar Rumah Dilang. -EDISI UKAS


Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman