Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SAMALAJU CAWANGAN KE-81 BAGI PENUBUHAN SABERKAS

Posted on 27 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Samalaju menjadi cawangan ke-81 bagi penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS).

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dato Majang Renggi berkata, penubuhan SABERKAS Cawangan Samalaju telah lama dirancang dan dibincangkan dalam satu mesyuarat di Dewan Suarah Bintulu pada 2017.

“Saya yakin dengan penubuhan SABERKAS cawangan Samalaju akan dapat memupuk semangat kerjasama yang jitu, mengeratkan perpaduan dan semangat toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penubuhan SABERKAS Cawangan Samalaju di Bintulu pada Ahad.

Tambahnya, beliau turut menggalak penyertaan lebih ramai lagi golongan belia di kawasan itu untuk menyertai pertubuhan belia terbesar di Sarawak dalam memartabatkan usaha meningkatkan penglibatan serta pencapaian belia semasa dalam pelbagai bidang yang mereka minati.

Untuk rekod, SABERKAS telah berjaya menubuhkan 81 cawangan di seluruh negeri setakat ini sejajar dengan usaha serta hasrat pertubuhan itu untuk menubuhkan setiap cawangan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hadir sama Setiausaha Eksekutif Saberkas Sarawak Iszuan Haironi, Exco SABERKAS Sarawak merangkap Pengerusi SABERKAS Cawangan Tanjung Batu Sophie Shariee dan Exco SABERKAS Sarawak Ismawi Ishak. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 22 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman