Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DUA LALUAN DIBUKA DI JALAN TUN HUSSIEN ONN

Posted on 03 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Dua laluan di tapak penyelenggaraan Jalan Tun Hussein Onn berhadapan Taman Jason di sini telah dibuka pada petang Selasa bagi meredakan kesesakan lalu lintas yang berlaku di situ. 

Jalan tersebut dijangka dibuka sepenuhnya dalam masa terdekat selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dilaksanakan. 

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming telah mengadakan lawatan kerja ke tapak berkenaan pada Selasa bagi meninjau serta memastikan kerja tersebut berjalan lancar. 

Johnny ketika ditemui menyeru agar pihak kontraktor memastikan langkah-langkah keselamatan sementara disediakan dengan lengkap termasuk meletakkan tanda-tanda isyarat dengan jelas demi keselamatan pengguna jalan raya terutamanya pada waktu malam. 

Difahamkan, pihak kontraktor akan menurap jalan tersebut pada Rabu supaya trafik dapat bergerak seperti biasa.

Turut hadir semasa sesi tinjauan itu ialah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bintulu Lau Pit Hwa. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman