Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BDA USAHA SAMPAIKAN PERKHIDMATAN CEMERLANG

Posted on 01 Mar 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berusaha menyampaikan perkhidmatan berfokuskan komuniti dan cemerlang.

Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari memberitahu, berpandukan kepada Perancangan Strategik 2024 hingga 2030, BDA mempunyai visi baharu bertemakan Bintulu sebagai sebagai model keterangkuman, kebolehdiaman dan kemampanan.

“Misi utama BDA adalah untuk menyampaikan perkhidmatan berfokuskan komuniti dengan cemerlang melalui pelaburan yang strategik dan berimpak tinggi.

“Ia memberi penekanan kepada kemakmuran ekonomi, kebersamaan sosial dan kelestarian alam sekitar selarasan dengan hasrat kerajaan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Media Nite 2024 BDA di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Menurutnya, tujuan majlis pada malam ini ialah sebagai tanda apresiasi daripada BDA kepada pihak media yang telah berkolaborasi dengan baik secara konsisten dalam menyebarluaskan penyaluran maklumat dan program.

Dalam pada itu, Datu Muhamad Yakup juga memohon agar pihak media dapat membantu dalam mempromosikan program dan inisiatif hijau yang dianjurkan oleh BDA dalam usaha mencapai matlamat bandar rendah karbon kepada masyarakat Bintulu.

Majlis makan malam itu dihadiri oleh seramai 30 orang pengamal media sekitar Bintulu iaitu dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Sarawak, Suara Sarawak, Utusan Sarawak, Utusan Borneo, See Hua Daily News dan Sin Chew Daily.

Turut hadir ialah wakil Residen Bintulu Jeffery Jalong dan Timbalan Pengurus Besar BDA Abdul Rahim Abdullah. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman