Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

UTAMA KESELAMATAN SEMASA SAMBUNTAN HARI GAWAI 2023

Posted on 29 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

SELANGAU: Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mengutamakan keselamatan apabila memandu bagi mengelak mendatangkan bahaya kepada diri dan orang lain.

Justeru beliau menasihati pemandu supaya tidak memandu sekiranya mabuk atau di bawah pengaruh alkohol terutama pada musim perayaan Gawai ini.

Beliau berkata demikian dalam Kempen Keselamatan Jalan Raya & Kempen Kesedaran Menangani Isu Dadah dan Substance Sempena Sambutan Hari Gawai 2023 di KM2, Jalan Tatau/Selangau pada Jumaat.

Objektif kempen ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada pengguna agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan ketika memandu sempena Sambutan Hari Gawai yang bakal tiba.
 

Berkenaan isu dadah, beliau menyeru ibu bapa agar memainkan memainkan peranan dengan aktif dalam memantau perkemangan anak-anak.

“Jika mempunyai perlakuan yang tidak betul dan disyaki ada terlibat dengan penyalahgunaan dadah, laporkan dengan segera kepada pihak berkuasa seperti pihak polis.

“Masalah dadah menyebabkan ada yang berhenti sekolah atau terlibat dengan masalah sosial yang lain,” tambahnya.

Hadir sama Pemangku Pegawai Daerah Tatau Winnie Dian dan Jurutera Bahagian Bintulu Ir. Lau Pit Hwa.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman