Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

BIKF 2023 BAKAL BERLANGSUNG 27 SEPTEMBER HINGGA 1 OKTOBER INI

Posted on 06 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pesta Layang-layang Antarabangsa Borneo Bintulu Sarawak (BIKF) akan diadakan pada 27 September hingga 1 Oktober 2023.

Menurut Pengurus Kanan Lanskap, Taman dan Perhubungan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Jaffry Ibrahim berkata, pesta itu nanti akan diadakan di Lapangan Terbang Lama Bintulu dengan penglibatan warga tempatan serta luar negara.

Jelasnya, antara kategori penyertaan termasuk kategori kebangsaan iaitu persembahan ‘Giant Kites’, Sport Kite/Ravolution Kite’, ‘Single-line Traditional Kite/Modern Kite’ dan ‘Wind Garden Kites’’.

“Turut diadakan juga ‘Freestyle Asia Pasific Sport Kite Challenge (APSKC)’.

“Setakat hari ini jumlah penyertaan kebangsaan melibatkan lapan negeri iaitu Sarawak, Johor, Kedah, Putrajaya, Melaka, Perlis, Terengganu dan Kuala Lumpur dan penyertaan antarabangsa sebanyak 39 negara seperti England, Hong Kong, Amerika Syarikat (USA) dan banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media BIKF Kali Ke-16 dan Maraton Antarabangsa Bintulu 2023 bertempat di Wisma Bintulu pada Rabu.

Mengulas lanjut katanya, seramai 150 peserta telah mendaftar bagi menyertai BIKF 2023 dan pesta ini nanti akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa Maraton Antarabangsa Bintulu 2023 merupakan acara yang paling dinanti-nantikan sempena ulang tahun ke-45 BDA yang akan diadakan pada 6 Ogos depan di Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Acara ini akan dianjurkan bersama oleh BDA, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Wynn Wynn Enterprise (WWE) yang akan menawarkan empat kategori perlumbaan iaitu maraton penuh, maraton separuh, larian 10 kilometer (km) dan larian 6km.

Dalam pada itu, Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) turut merupakan rakan strategik dan penaja untuk acara berkenaan.

Selain daripada mempromosikan gaya hidup sihat, kecergasan dan kesejahteraan, acara ini juga dapat mempromosikan bandar Bintulu sebagai destinasi pelancongan sukan dan meletakkannya dalam peta marathon dunia.

Untuk makluman, pendaftaran dan butiran lanjut boleh diakses melalui laman web rasmi http:://marathonbintulu.com atau laman facebook Bintulu Marathon.

Turut hadir, Pengurus Kanan Perkhidmatan Korporat Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad Maslihah Tioh serta Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Bintulu Shapini Daud. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman