Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PESTA MAKANAN BINTULU 2023 JADI TARIKAN PENGUNJUNG

Posted on 16 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pesta Makanan dan Kebudayaan Bintulu 2023 menjadi salah satu platform terbaik bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negara ke Sarawak amnya dan Bintulu khasnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerajaan Sarawak melalui kementeriannya menyokong penuh penganjuran festival makanan dan kebudayaan seumpamanya yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“Penganjuran pesta kebudayaan dan makanan ini harus kreatif dengan pelbagai pengisian supaya dapat menarik ramai pengunjung.

“Saya juga berasa bangga dengan kejayaan penganjuran Bintulu International Marathon yang julung kali diadakan.
 

“Dengan penganjuran pelbagai program di Sarawak kita berjaya menarik ramai pengunjung dari luar,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pesta Makanan dan Kebudayaan Bintulu 2023 serta Sarawak Maju Run di Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Jumaat.

Dalam pada itu, Maju Sarawak Run anjuran bersama Gabungan Persatuan Cina Berdaftar Bintulu (FORCA) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah disertai kira-kira 1,000 peserta.
 

Sementara itu, Dato Sri Abdul Karim berkata, sehingga September 2023, Sarawak telah berjaya menarik 2.9 juta pelancong ke negeri ini dan kerajaan Negeri mensasarkan sejumlah 3 juta pelancong hingga penghujung tahun.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri Tiong King Sing, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sebastian Ting Chiew Yew, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Presiden FORCA Chin Chee Fui dan Pengerusi Belia FORCA Allen Tie. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman