Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJONG BATU SERAH SUMBANGAN SERBUK KAYU KEPADA JBPM BINTULU

Posted on 13 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming telah menyumbangkan beberapa guni serbuk kayu kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Bintulu di sini pada Rabu.

Sumbangan itu akan digunakan untuk kes tumpahan minyak di jalan raya akibat lori yang membawa muatan lebih, faktor kebocoran daripada kenderaan dan keadaan jalan raya yang baru diturap.

ADUN Tanjong Batu itu menzahirkan perasaan gembira kerana terdapat beberapa kilang yang sudi menderma serbuk kayu kepada pihak JBPM.

“Jika ada mana-mana kilang yang mempunyai lebihan serbuk, bolehlah menderma kepada pihak JBPM. Ia agak sukar diperolehi di kedai kerana hanya ada terdapat di kilang-kilang kayu. Selain inisiatif menggunakan pasir, penggunaan serbuk kayu juga baik.

“Saya akan memastikan JBPM mempunyai stok serbuk kayu yang mencukupi,” katanya semasa ditemui media pada sesi penyerahan sumbangan tersebut.
 

Dalam pada itu, Timbalan Penguasa Bomba 1 Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu Christus Buson turut menekankan bahawa kegunaan serbuk kayu tersebut adalah untuk operasi kemalangan di jalan raya.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angelie Stephen Raja. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman