Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KEBERSIHAN PENTING BANTERAS PENYAKIT BERJANGKIT

Posted on 03 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Masyarakat diseru agar sentiasa mementingkan kebersihan terutamanya kebersihan di persekitaran rumah dalam usaha sama membanteras penyakit berjangkit khususnya demam Denggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, kesedaran mengenai pentingnya menjaga kebersihan lebih-lebih lagi di kawasan persekitaran rumah amat penting kerana ianya dapat memusnahkan kawasan pembiakan nyamuk Aedes sekaligus membanteras penularan demam Denggi.

Menurut beliau, musim hujan baru-baru ini akan meningkatkan populasi pembawa wabak berkenaan ekoran takungan air di kawasan yang tidak bersih di kawasan rumah mahupun kampung.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibaca oleh wakilnya, Siew Chiew Chong dalam program gotong-royong di Kampung Asyakirin pada Sabtu.

Menurut beliau, program seumpama itu bukan sahaja dapat memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes malah ianya dapat mengindahkan lagi kawasan kampung di samping memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduknya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Assyakiri Fasa 1 Awang Hamdan Pengiran Kerta, Pengerusi JKKK Kampung Assyakirin Fasa 2 Abu Bakar Abdul Razak, wakil Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Mangga Nguyang, wakil Pejabat Daerah Bintulu Latifah Moksin, Kapitan Hii Sii Hing dan Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bibiana Kalom. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman