Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

News

 

HOSPITAL BINTULU ACARA PERTANDINGAN DECO BERTEMUKAN PERPADUAN BERTEMA RAYA

Posted on 07 Apr 2024
Source of News: THE BORNEO POST ONLINE
BINTULU (7 April): Sempena bulan Ramadan yang mulia, kelab Rekreasi Anggota Pengurusan Hospital Bintulu mengadakan pertandingan menghias hari raya yang bermula pada Jumaat.

Tema pertandingan ‘Raya Dolok Marek’ ini diilhamkan oleh pengarah hospital yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan kakitangannya.

“Ternyata matlamat utama tercapai apabila semua kakitangan menghias dan mengindahkan jabatan dan unit masing-masing tanpa mengira bangsa, agama dan pangkat,” kata jurucakap pertandingan itu.

Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 25 April pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Hospital Bintulu akan datang.


Undian
Pengumuman