Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

HARAPAN TINGGI BUAT PASUKAN WUSHU ZON UTARA DI SUKSAR lll SIBU 2023

Posted on 29 Dec 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pasukan wushu zon utara mempertaruhkan harapan tinggi pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) Edisi Ketiga yang bakal berlangsung pada 15 sehingga 18 Januari 2024 di Sibu.

Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey berkata, beliau berharap pasukan wushu zon utara dapat memberikan prestasi dan saingan yang hebat kepada pasukan dari zon lain. 

“Saya mempunyai harapan yang tinggi buat pasukan wushu zon utara untuk membawa pulang kejayaan pada temasya sukan itu nanti.

“Saya juga berharap agar para atlet dapat menunjukkan prestasi yang baik dan memberikan saingan yang hebat selain meningkatkan mutu pencapaian dengan kutipan pingat yang lebih banyak daripada SUKSAR yang sebelumnya,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa Lawatan dan Suai Kenal Timbalan Residen Bahagian Bintulu ke Pusat Latihan Sukan Wushu Zon Utara di sini pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Abang Zainuddin turut berharap para atlet berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan dan sentiasa mematuhi peraturan pertandingan serta mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi. 

Sukan wushu merupakan antara satu daripada 13 acara sukan yang  akan dipertandingkan pada temasya SUKSAR III kali ini selain daripada angkat berat, berbasikal, bola keranjang, bola tampar, futsal, hoki, judo, karate, pencak silat, sepak takraw, tinju dan taekwondo.

Hadir sama Pegawai Menguasa Majlis Sukan Negeri Sarawak Bahagian Bintulu Jolene Leong dan Pegawai Tadbir Pejabat Residen Bahagian Bintulu Harun Hatta. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman