Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

201 INDIVIDU TERIMA SUMBANGAN PETRONAS, MLNG

Posted on 17 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Keceriaan jelas terpancar pada wajah 201 individu di bawah badan kebajikan dan institusi di Bintulu setelah menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri dalam satu majlis di Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu pada Khamis. 

Program tradisi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG) setiap kali tiba musim perayaan itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming menerusi Majlis Memacu Kehidupan Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) Adnan Zainal Abidin berkata, menyantuni masyarakat setempat semasa musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Program Memacu Kehidupan atau ‘Uplifiting Lives’ merupakan kesinambungan tradisi PETRONAS dalam menyantuni masyarakat setempat semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Aidilfitri, Kaamatan, Gawai, dan sebagainya, untuk menyemai semangat perpaduan. 

“Setiap penerima sumbangan majlis ini akan menerima sumbangan dari segi makanan dan juga derma tunai,” katanya.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi yang turut berucap berkata, program berkenaan adalah untuk menyemai semangat perpaduan dan kekitaan sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Saya berasa amat gembira melihat kehadiran rakan-rakan dan anak dari Kompleks Peryatim Bintulu, Hidayah Foundation Centre, pelajar UPM, para pelajar dari sekolah-sekolah dibawah pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu & Sebauh, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Xtra Meal,”ujar beliau. 

Hadir sama ialah Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman