Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

VTP SIRI 5/2023 TINGKATAN KEMAHIRAN DAN PENDAPATAN MASYARAKAT LUAR BANDAR

Posted on 18 Aug 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Program Transformasi Kampung (VTP) Siri 5/2023 menawarkan kursus yang boleh meningkatkan kemahiran dan pendapatan penduduk-penduduk yang tinggal di luar bandar terutamanya rumah panjang dan kampung tradisi.

Menurut Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) Felicia Tan Ya Hua, kursus-kursus yang dianjurkan selama lima hari ini adalah sangat memberi manfaat kepada para peserta. 

“Objektif program VTP adalah untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan penduduk-penduduk di rumah panjang dan seterusnya dapat menjana pendapatan kepada keluarga masing-masing,” katanya semasa berucap di VTP Siri 5/2023 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat. 

Felicia Tan menambah, selain pembangunan insan, program ini juga akan memfokuskan kepada kelestarian dengan memberi bantuan asas kepada peserta serta sesi susulan bersama pihak Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS). 

“Untuk program kali ini, kita akan mengagihkan ketuhar dan kotak peralatan bahan asas kepada rumah panjang di Bahagian Bintulu,” tambahnya. 

Difahamkan seramai 43 peserta dari Bahagian Bintulu dan lapan peserta dari Bahagian Kapit telah menyertai program kerjasama CENTEXS dan Pejabat Residen Bahagian Bintulu ini. 

Kursus-kursus yang ditawarkan mulai 14 sehingga 18 Ogos ini termasuk Kursus Keselamatan Pendawaian Elektrik, Kursus Penghasilan Pastri dan Bakeri serta Kursus Tanaman Fertigasi dan Keusahawanan. 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Timbalan Pengarah Akademi Industri CENTEXS Dr Nadianatra Musa, Wakil Residen Bahagian Bintulu Haslina Bujang, Wakil Pejabat Daerah Bintulu Seavors Miot dan Wakil Pejabat Daerah Tatau Long Jok. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman