Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PERBANYAKKAN AKTIVITI LIBATKAN BELIA

Posted on 14 Dec 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) digalakkan untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan golongan belia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) perlu dibelanjakan untuk aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat terutamanya golongan belia. 

“Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ini boleh merapatkan silaturahim di samping mengelakkan golongan belia daripada terjebak dengan gejala sosial yang negatif,” katanya semasa sidang media pada Majlis Penyerahan Geran MRP N67 Jepak di sini pada Khamis. 

Iskandar menambah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dewan serbaguna juga tidak menghalang golongan belia melakukan aktiviti yang mereka gemari.

“Kita mahu belia meluangkan masa dengan aktiviti sihat seperti sukan dart, petanque atau futsal,” tambahnya.

Dalam pada itu, pihak NGO turut dinasihatkan untuk membuat laporan beserta gambar pada setiap aktiviti yang dijalankan untuk memudahkan urusan audit. 

Difahamkan, sebanyak 54 NGO telah menerima geran MRP sebanyak RM282,000.

Turut hadir Pegawai Daerah Bintulu Dino Ahmid. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman