Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PUSAT PENGURUSAN JENAZAH UMMAH BINTULU KINI 95 PERATUS SIAP

Posted on 25 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK
BINTULU: Pusat Pengurusan Jenazah Ummah Bintulu di tapak tanah Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB), Tanah Perkuburan Islam Kemunting kini 95 peratus siap akan turut menyediakan ruang mengurus jenazah khusus.

Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Jenazah Ummah Bintulu (PPJUB) Datuk Abdul Kadier Sahib berkata, baki yang tinggal adalah pembinaan tempat berwuduk dan parkir termasuk jalannya. 

"Allahyarham Datuk Talib Zulpilip (penyandang kerusi DUN Jepak) telah memberi sumbangan RM350,000 untuk membina tapak parkir dan jalan raya tersebut, alhamdulilah semoga Allah membalas jasa budi Allahyarham," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini, semalam.

Jelasnya, tanah perkuburan seluas 95 ekar itu mungkin yang terbesar di Sarawak, merupakan tanah yang diwakafkan oleh orang-orang tua dahulu antaranya keluarga (calon GPS) Iskandar Turkee iaitu datuknya Penghulu Hamzah Keria.
 

"Sebab itu kita berbangga pada zaman itu ada yang bersetuju menghadiahkan harta mereka untuk kebajikan.

"Lokasinya strategik, maka kita berjumpa Talib yang merupakan pengerusi LAKIB dengan meminta jasa baiknya untuk membenar PPJUB menggunakan bahagian tanah di tepi jalan besar itu dan dengan bantuan rakyat Bintulu lebih RM500,000 dana berjaya dikumpul," katanya.

Katanya, pembinaan melibatkan bangunan pengawal, bilik khas menguruskan jenazah khas yang dicadang pihak hospital semasa musim penularan wabak COVID-19 memandangkan tempat lain serta surau kecil serta dengan nasihat doktor, reka bentuk bilik itu kini telah siap dan bilik menguruskan jenazah biasa.

Jelasnya tempat solat, ruang untuk keluarga berehat lengkap dengan pendingin hawa, pejabat PPJUB serta LAKIB juga disediakan. 

Sementara itu, Temenggung Rosli Kamarudin menyatakan rasa bangga dengan pembinaan pusat pengurusan jenazah tersebut untuk menguruskan jenazah masyarakat Islam di Bintulu.
 

"Kita bersyukur kepada Allah SWT sekali gus mendoakan mereka yang mengusahakan ini dibalas budi dan dilimpahi rezeki," katanya.

Beliau berharap ada tambahan kemudahan lain untuk pusat itu berupa van jenazah bagi memudahkan membawa jenazah ke pusat itu dan ke tanah perkuburan berdekatan.



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman