Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PROJEK RTP DI JEPAK AKAN DIKAJI SEMULA

Posted on 23 Dec 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan Jepak akan dikaji semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Iskandar Turkee berkata, antara yang beliau memberi tumpuan adalah mengkaji semula projek RTP untuk melihat keperluan semua kampung dan rumah panjang di Jepak.

Malah katanya, semua keperluan itu akan dipenuhi melalui peruntukan RTP tahun hadapan.

“Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya membangunkan kawasan Jepak biarpun hanya memegang jawatan untuk dua tahun sahaja.

“Saya juga akan merapatkan hubungan dengan rakan-rakan yang berada di Pejabat Persekutuan dalam membantu rakyat di Jepak.

“Saya akan rapatkan hubungan baik saya dengan sahabat-sahabat saya di pejabat persekutuan untuk memohon peruntukan istimewa di mana mereka boleh membantu menaiktaraf bangunan, rumah-rumah ibadat, jalan raya dan sebagainya yang saya cuba usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Kemenangan ADUN N67 Jepak di sini pada Khamis.

Selain itu, Iskandar menambah, beliau akan mewujudkan satu jawatankuasa untuk RTP dan projek kecil luar bandar (MRP) agar berlaku adil dan tiada yang ketinggalan dalam menerima bantuan tersebut kelak.

“Saya pun telah meminta nasihat daripada Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Pejabat Premier dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk langkah seterusnya,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sebanyak 40 RTP akan diagihkan untuk tahun hadapan dan pihak beliau akan berlaku adil dengan kontraktor yang berlesen.

Dalam pada itu, beliau akan cuba mengusahakan rumah ibadat bagi agama-agama lain terutamanya di kawasan Segan dan Semarakan yang telah lama menginginkan rumah ibadat untuk agama-agama yang ada di sana. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman