Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ORANG RAMAI DINASIHATI WASPADA GUNA BARANGAN ELEKTRIK

Posted on 17 Feb 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati ketika menggunakan barangan elektrik, terutama semasa musim perayaan ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, peringatan ini diberi untuk mencegah kebakaran yang boleh menyebabkan kecederaan atau malah kematian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di lokasi insiden kebakaran yang mengorbankan dua penyewa di rumah berkembar dua tingkat di Fortune Park Lorong Kuini, Jalan Tanjung Batu, di sini pada Sabtu.

Menurut Johnny Pang, mangsa yang maut merupakan seorang wanita warganegara Filipina dan seorang kanak-kanak lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang terperangkap di tingkat atas kediaman berkenaan, dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4.05 pagi.

Jelasnya lanjut, 10 lagi penyewa lain dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dalam insiden terbabit.

Katanya lagi, siasatan terperinci akan dijalankan  oleh pasukan Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan yang lain bagi mengetahui punca sebenar insiden yang meragut nyawa itu.

“Saya berasa amat sedih dengan insiden yang berlaku dan menzahirkan takziah kepada mangsa yang terlibat, dan juga 10 lagi penyewa yang terselamat dalam kebakaran.

“Mengikut siasatan awal yang dijalankan, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas, namun ia belum dapat disahkan lagi kesahihannya sebelum laporan lengkap dikeluarkan,”ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut melahirkan penghargaan serta berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu yang menyalurkan bantuan kilat kepada kesemua mangsa terjejas.-Edisi UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman