Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

HIKMAH, YADIM SARAWAK SUMBANG BAKUL MAKANAN KEPADA 110 ASNAF SEKITAR BINTULU

Posted on 18 Mar 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

SAMALAJU: Harakah Islam (HIKMAH) Sarawak telah bekerjasama dengan YADIM Sarawak untuk menyalurkan sumbangan di bawah Program Bakul Ramadan HIKMAH yang merupakan kesinambungan Program Safari Ramadan HIKMAH Sarawak.

Sebanyak bakul makanan Ramadan HIKMAH telah disumbangkan kepada 110 golongan asnaf di sekitar Bintulu.

Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua HIKMAH, Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Dato Husain dan isteri Puan Sri Datin Amar Nur Ashima Aziz.

Pada sebelah petangnya, sumbangan Program Safari Ramadan HIKMAH diadakan di Masjid Al Muttaqin Kampung Sungai Plan.

Sumbangan bakul makanan diserahkan kepada 60 orang asnaf yang disampaikan oleh Naib Yang Dipertua HIKMAH, Toh Puan Hayati Ahmat.

Dalam pada itu, turut diadakan majlis berbuka puasa bersama, solat berjemaah Maghrib, Isyak dan seterusnya sembahyang tarawih bersama penerima asnaf dan penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Hadir sama Setiausaha Perhubungan HIKMAH Raihan Usop, Pengerusi HIKMAH Cawangan Bintulu Yusuff Ali, Penolong Operasi YADIM Sarawak Ustaz Abuza Zaifarruddin Zaini.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman