Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

NUR AMIRUL HAFIZI, LATIFAH JOHAN QARI & QARIAH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH TATAU

Posted on 30 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Seramai 17 peserta terdiri daripada lapan Qari dan sembilan Qariah telah memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Bintulu Tahun 1445H/2023M  yang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 Julai lepas. 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Talib Zulpilip di Surau Darus Syakirin, Kampung Assyakirin Bintulu pada Jumaat. 

Menurutnya, beliau berasa gembira dan bangga kerana jumlah penyertaan Majlis Tilawah Al-Quran kali ini mendapat sambutan yang baik dan bertambah. 

Justeru, beliau turut berharap para peserta menjaga kualiti bacaan mereka pada masa akan datang bagi membuktikan wakil daripada Bintulu layak untuk bersaing dan bertanding ke peringkat lebih tinggi. 

Sementara itu, Pegawai Daerah Bintulu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Bintulu, Muhammad Dino Amid menzahirkan ucapan terima kasih atas sumbangan daripada pihak Asean Bintulu Fertilizer (ABF), Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Tabung Haji, PMB Silicon serta sumbangan lain. 

Katanya, Bintulu akan terus menyokong majlis seperti ini dan beliau amat bangga dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan majlis ini. 

Dalam pada itu, Muhd Syahiskandar Sahmat dinobatkan sebagai Qari dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500, trofi dan sijil penyertaan manakala Sarinah Husnan dinobatkan sebagai Qariah yang turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM500, trofi dan sijil penyertaan.

Turut hadir Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu, Ustaz Muhamad Rahiman Malim, Pengerusi, Jawatankuasa Pengurusan Surau Darus Syakirin, Bintulu, Yussuf Ali dan Temenggong Rosli Kamarudin. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman