Bersatu Berusaha Berbakti
BINTULU: Komuniti Cina Bintulu mendapat satu lagi Kapitan baharu yang akan bertanggungjawab untuk kawasan Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Tun Hussein Onn di sini.
Pelantikan Hii Sii Hing yang berumur 63 tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai lepas hingga 30 Jun 2027.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming telah hadir menyaksikan penyerahan sijil lantikan kepada Hii oleh Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid dalam satu majlis ringkas di Pejabat Daerah Bintulu pada Isnin.
Johnny Pang menaruh harapan agar Hii dapat menggalas tugasannya dengan baik sekali gus berupaya menjadi ejen penghubung antara rakyat dengan kerajaan Sarawak terutama dalam menyelesaikan isu-isu di kawasan seliannya.
Tambahnya, kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan Sarawak itu harus dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam menjalankan tanggungjawab bagi menyampaikan mesej yang betul termasuk usaha kerajaan terhadap pembangunan masyarakat cina di negeri ini.
Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angellie Stephen Raja. -EDISI UKAS