Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ATC SUNGAI SEBIEW BAKAL BERI MANFAAT PARA PETANI SEKITAR BINTULU

Posted on 05 Nov 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pusat Latihan Pertanian (ATC) Sungai Sebiew wajar dijadikan sebagai pusat pembelajaran kaedah-kaedah pertanian moden yang akan memanfaatkan para petani khususnya mereka yang dari sekitar Bintulu.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, para petani yang berminat untuk mempelajari kaedah pertanian moden terutamanya sistem fertigasi digalakkan untuk berkunjung ke ATC Sungai Sebiew untuk mengadakan lawatan sambil belajar serta menjalani latihan dengan bimbingan mereka yang pakar. 

Selain itu, beliau turut berharap ATC Sungai Sebiew ini berupaya menjadi daya tarikan terutamanya kepada golongan muda untuk menceburi bidang pertanian moden.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika merasmikan Program “Proof of Concept: 1st Harvesting Modern Farming” di ATC Sungai Sebiew, Bintulu pada Sabtu. 

Semasa program tersebut beliau menyaksikan hasil projek tanaman Golden Melon dan Daun Sup menggunakan kaedah fertigasi dengan Struktur Pelindung Hujan (SPH) di ATC Sungai Sebiew dituai buat pertama kalinya.

Projek tersebut diusahakan oleh Syarikat Hing & Chan Enterprise Sdn. Bhd. yang merupakan ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bintulu.

Untuk rekod, pelaksanaan projek tersebut telah dipertanggungjawabkan kepada PPK Bintulu sebagai operator melalui konsep “Joint Venture” bersama ahli di mana ahli tersebut berperanan sebagai pengusaha atau pengeluar manakala PPK bertindak sebagai agen pemasar.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak (Sektor Pembangunan), Ronald Ripid, Pengurus Besar Lembaga Perindustrian Getah Sarawak (SARIB), Make Jiwan dan Pegawai Pertanian Bahagian Bintulu, Jackson Nanta Bernabas Baie.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman