Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

12 KAKITANGAN PEJABAT DAERAH TATAU SERTAI PROGRAM LITERASI MAKLUMAT

Posted on 17 Nov 2023
Source of News: UKAS SARAWAK
TATAU: Seramai 12 kakitangan Pejabat Daerah Tatau telah menyertai program Literasi Maklumat yang dianjurkan oleh Pustaka Miri di sini pada Rabu.

Antara modul pengisian program tersebut adalah pengenalan kepada  ‘People Accessible Network for Digital  Empowerment Inclusivity’ (PANDei) yang merangkumi pengurusan maklumat dan komunikasi.
Turut diadakan juga modul untuk menggunakan insiatif digital kerajaan, kaedah berurusan secara digital, keselamatan dalam talian serta ‘Pustaka in a Box’.

Hasil daripada program itu, para peserta turut diberi pendedahan menggunakan aplikasi insiatif kerajaan, memanfaatkan kemahiran e-keusahawan untuk meningkatkan taraf hidup serta menggunakan saluran komunikasi secara digital.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Daerah Tatau Raden Azamry dan Penolong Bahagian Perkhidmatan Maklumat Pustakawan Pustaka Miri Mohd Awis Abu Bakar. -EDISI UKAS


Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman