Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

500 SERTAI SAREX DI BINTULU, TINGKAT KERJASAMA & KOORDINASI OPERASI CARILAMAT

Posted on 11 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Simulasi Eksesais Mencari dan Menyelamat (SAREX) Tahap Tiga Operasi Menyelamat Maritim Besar-Besaran (MMRO) telah diadakan buat pertama kalinya di sini. 

SAREX Tahap Tiga MMRO ini melibatkan hampir 500 pegawai dan anggota dari 37 agensi, jabatan, pihak media serta urus setia yang mana ia diadakan pada 10 Oktober sehingga 12 Oktober 2023.

Latihan simulasi anjuran bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negeri Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Bintulu ini bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan keupayaan untuk mengkoordinasi di samping membina hubungan kerjasama yang padu antara Maritim Malaysia dengan agensi atau jabatan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat maritim (CARILAMAT). 

Selain itu, latihan simulasi ini dapat meningkatkan kemahiran serta keupayaan sedia ada dengan melibatkan jumlah mangsa yang berskala besar di mana keupayaan untuk menjalankan operasi biasa adalah tidak mencukupi.

Ia juga menguji keberkesanan Pelan MMRO 2022 iaitu menerangkan pelaksanaan dan pengendalian CARILAMAT di Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching. 

Difahamkan, sebanyak dua pesawat yang diatur gerak dalam latihan simulasi ini merupakan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PGU PDRM) serta 10 kapal dan bot dari pelbagai agensi CARILAMAT yang lain.

Dalam pada itu, para peserta juga diberikan pendedahan kepada insiden yang berlaku agar boleh dipraktikkan pada masa yang akan datang semasa kejadian sebenar berlaku kelak. 

Hadir sama, Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman