Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

MAJLIS PERASMIAN SEBAUH 2023 DISAMBUT MERIAH

Posted on 10 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebanyak 1011 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan 51 Gagong mewakili 46 kontinjen mengikuti pembarisan sempena Majlis Pesta Sebauh.

Pembarisan tersebut diketuai oleh Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dengan mengelilingi pekan Sebauh dan disambut meriah orang awam yang berada di sisi jalan.

Menurut Dato Sri Dr Stephen, beliau berasa amat lega kerana dapat mengadakan lagi program sebegini sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2018.

“Kita perlu bersyukur kerana dapat berkumpul untuk pesta ini dalam keadaan selesa.

“Selain itu, tujuan program ini diadakan bukanlah hanya untuk mengesyorkan pakaian tradisional semata-mata tetapi gunakanlah untuk berkenalan, bercampur-gaul dan mengeratkan silaturahim di antara kampung-kampung, tuai rumah, JKKK dan pegawai kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pesta Sebauh 2023 pada Ahad.

Tambahnya, beliau berharap agar semangat ini dapat diteruskan supaya dapat melihat kerjasama yang lebih erat untuk membangunkan kawasan Sebauh.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang untuk kategori Perbarisan JKKK.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Jenny Bangga, Residen Bintulu Nyurak Keti, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi dan wakil Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia, Tuai Rumah Saging Layang. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman