Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PENGLIBATAN PESERTA 41 NEGARA MERIAHKAN BIKF 2023

Posted on 04 Oct 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Sebanyak 41 negara termasuk Malysia telah menyertai Pesta Layang-layang Antarabangsa Borneo (BIKF) 2023 yang berlangsung sejak 27 September lepas.

Edisi kali ini dimeriahkan dengan penglibatan 180 peserta dari dalam dan luar negara di mana sebanyak 13 kategori telah dipertandingkan dengan pertandingan ‘Sport Kite Freestyle Global Challenge’ menjadi tarikan utama dalam pesta tersebut.

Bagi pertandingan ‘Sport Kite Freestyle Global Challenge’, peserta dari negara Greece, Konstantin telah menjadi johan bagi pertandingan tersebut diikuti oleh Ming-Ming dari negara China manakala tempat ketiga pula dirangkul oleh Zaim dari negeri Kedah.

Dalam pada itu, telah diadakan ‘Farewell Dinner’ yang disempurnakan oleh oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Dato Haidar Khan Asghar Khan di sini pada Isnin.

Dalam ucapannya, Dato Haidar menzahirkan ucapan penghargaan kepada para penganjur, peserta, masyarakat tempatan dan pekerja am kerana menjayakan pesta yang ikonik di daerah Bintulu ini.

Selain itu, beliau berharap para peserta akan datang kembali ke pesta ini pada tahun depan bagi memeriahkan lagi edisi akan datang.

Hadir sama, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Abang Zainuddin Abang Turkey, Pegawai Daerah Bintulu Mohammad Dino Amid dan wakil pelayang Kevin Sanders. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman