Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

ADUN TANJONG BATU SUMBANG 'ANGPAU' DAN KEK BULAN KEPADA KANAK-KANAK AECE

Posted on 15 Sep 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming telah menyumbang ‘angpau’ dan kek bulan kepada kanak-kanak di Persatuan Advokasi Pendidik Awal Kanak-Kanak Bintulu (AECE). 

Sumbangan ini bersempena dengan Perayaan Pertengahan Musim Luruh, juga dikenali sebagai Pesta Kuih Bulan atau Pesta Tanglung yang bakal tiba tidak lama lagi. 

Seramai 121 pelajar yang berdaftar di bawah pusat ini dan memberi tumpuan kepada kanak-kanak berusia 6 tahun atau lebih muda yang mengalami masalah kelewatan bercakap dan kelewatan perkembangan. 

Difahamkan lokasi pusat ini telah berpindah ke kawasan yang baharu dan kini masih di dalam fasa memerlukan beberapa peralatan di pusat berkenaan.

Oleh itu, mereka amat mengharapkan bantuan dan sokongan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) mahupun wakil-wakil rakyat yang sudi meghulurkan bantuan. 

Dalam pada itu, Johnny Pang turut menyerahkan cek untuk tujuan pembelian barangan alat pembelajaran bagi kanak-kanak di sini selain untuk tujuan perbelanjaan keperluan di pusat tersebut. 

Hadir sama Ketua Pasukan Sokongan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu Hii Sieng Hiing dan Presiden AECE Cyndi Ling Chui Sing. – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman