Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

RUMAH PANJANG TERPUTUS HUBUNGAN DI BINTULU TERUS TERIMA BANTUAN MAKANAN

Posted on 22 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Penghantaran bantuan makanan diteruskan ke rumah panjang yang terputus hubungan akibat banjir di Bintulu iaitu kawasan Nanga Tau, kawasan Penyarai dan kawasan Muput pada Ahad.

Untuk kawasan Nanga Tau, sebanyak 3.9 tan bantuan makanan telah disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dihantar melalui udara menggunakan helikopter pihak Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat dan mendarat di kawasan Rh Dilang.

Bantuan tersebut dihantar bagi 231 ketua isi rumah (KIR) dari 14 buah rumah panjang, sebuah sekolah rendah dan sebuah klinik kesihatan.

Pelepasan untuk perjalanan pertama membawa sebanyak 1.2 tan tetapi perjalanan kedua terpaksa berpatah balik akibat cuaca yang kurang baik dan misi penghantaran akan diteruskan pada Isnin.

Untuk kawasan Penyarai, penghantaran 114 set bantuan makanan untuk mangsa di SK Nanga Penyarai dan Klinik Kesihatan Kakus, Rh Asun, Rh Japit, Rh Sili, Rh Bruve telah dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Manakala, bantuan kepada tujuh rumah panjang di kawasan Penyarai akan diuruskan pada Isnin menggunakan bot Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan bot PDRM.

Untuk kawasan Muput pula, penghantaran 105 set bantuan makanan untuk mangsa di Rh Sili, Rh Asun, Rh Japit, Rh Bruce dan Rh Gelemai dibantu oleh pihak PPD menggunakan bot PPD. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman