Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

DUA BUAH KILANG AIS DI BAHAGIAN BINTULU DITUTUP

Posted on 25 Apr 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Dua buah kilang ais di bahagian Bintulu telah ditutup setelah didapati beroperasi tanpa lesen.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu Dr MeIvin Chung Hsien Liang berkata, kilang ais yang beroperasi tanpa lesen dapat menyebabkan risiko wabak keracunan makanan serta penularan penyakit bawaan air dan makanan.

“Terdapat ramai peniaga yang tidak berlesen mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual ais yang dibuat menggunakan air tidak terawat atau air paip kepada pengguna.

“Selain itu, kilang yang beroperasi tanpa lesen juga sering didapati mengabaikan faktor kebersihan premis dan peralatan serta kualiti ais yang dijual.

“Oleh itu, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kilang ais yang beroperasi secara haram untuk tampil memberi maklumat supaya tindakan penguatkuasaan dapat dijalankan demi memastikan penduduk di bahagian Bintulu tidak membeli ais yang tidak selamat untuk dimakan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam satu operasi penguatkuasaan di sini pada Rabu.

Jelasnya, bagi kilang ais yang beroperasi tanpa lesen, tindakan penguatkuasaan boleh diambil dengan pengeluaran notis di bawah Seksyen 32B dan penyitaan atau lak (penahanan sementara) peralatan kilang ais mengikut Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983 atau menjalankan tindakan pendakwaan di mahkamah.

Tambahnya, peniaga juga boleh dikenakan kompaun di bawah Peraturan 394A, Peraturan-peraturan Makanan sebanyak RM3,500.

Dalam pada itu katanya, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu memandang serius terhadap perkara ini dan akan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan semua kilang ais yang beroperasi di bahagian Bintulu mempunyai lesen sah. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 08 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman