Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

SK SRI SAMALAJU SIAP SEPENUHNYA

Posted on 21 Mar 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Simalajau siap sepenuhnya dan telah memulakan hari pertama sesi persekolahan 2023/2024 dengan kekuatan pengajar sebanyak 26 guru. 

Menurut Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Samri Suhaili, seramai 183 orang pelajar Pra-sekolah, Tahun Satu, Dua dan Tiga telah mendaftar untuk sesi persekolahan 2023/2024 pada Isnin. 

“Sebagai sebuah sekolah baru, SK Sri Simalajau bermula dengan Pra Sekolah sehingga Tahun Tiga.

“Kita akan beransur maju dari tahun ke tahun kerana terdapat beberapa keperluan yang perlu kita penuhi sebelum menjadi sebuah sekolah yang dapat beroperasi sepenuhnya”, ujar beliau. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa meninjau suasana hari pertama sesi persekolahan di sekolah tersebut pada Isnin. 

SK Sri Simalajau yang terletak di Batu 33, Jalan Bintulu-Miri merupakan sekolah baharu yang dibuka dikawasan tersebut dan kebanyakkan pelajarnya merupakan pelajar yang berpibdah dari sekolah berdekatan seperti SK Kem Batu 18, SK Kidurong 1 dan 2. 

Sekolah dibawah Pelan Pusingan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) ini mempunyai 24 bilik darjah yang boleh menampung sejumlah 1,200 pelajar, beberapa bilik asrama yang boleh menampung sejumlah 200 orang pelajar dan 24 unit rumah guru serta kemudahan-kemudan yang lain. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 27 Mar 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman