Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

39 PENERIMA PERUNTUKAN MRP BERJUMLAH RM971,000 BAGI DUN KAKUS

Posted on 27 Jun 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

TATAU: Sebanyak 39 buah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah Panjang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus telah menerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM971,000.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, peruntukan MRP ini dapat membantu dalam melaksanakan projek pembangunan dan pelbagai aktiviti termasuk di rumah panjang.

“Saya berharap setiap JKKK dan Persatuan yang menerima MRP ini menggunakannya dengan baik dan telus seperti yang telah dijelaskan oleh Pegawai Daerah Tatau sebentar tadi,” katanya.

Beliau berkata dimikian pada Majlis Penyerahan MRP N60 Kakus di Pejabat Daerah Tatau pada Isnin.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan agar Tuai Rumah yang hadir menerima geran berkenaan harus mengadakan mesyuarat bersama penduduk rumah panjang untuk memaklumkan jumlah dana yang diterima.

Pada masa sama katanya, mesyuarat itu juga harus membincangankan perancangan untuk rumah panjang masing-masing.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan dan Pemanca Daerah Tatau Gerosen Jubin. -EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman