Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

PROGRAM '1 RAS 1 POKOK', REALISASIKAN MATLAMAT BINTULU SEBAGAI BANDAR INDUSTRI RENDAH KARBON

Posted on 07 Jul 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Program ‘1 Rakan Alam Sekitar (RAS) 1 Pokok’ akan membantu Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk menjadikan daerah ini sebagai Bandar Industri Rendah Karbon atau ‘Low Carbon Industry City’.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Dato Majang Renggi berkata, program ini dapat menyumbang kepada penghijauan kawasan Taman Perindustrian Samalaju serta mampu menggalakkan usaha komuniti setempat untuk menjadikan kawasan perindustrian yang hijau dan mesra alam.

“Dengan perancangan yang berterusan di samping komitmen daripada pemain-pemain industri yang beroperasi di sini, diharap agar objektif untuk melestarikan alam sekitar di kawasan ini dapat dicapai.

“Ini juga adalah selari dengan matlamat Jabatan Alam Sekitar dan juga Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk menjadikan Bintulu sebagai Bandar Industri Rendah Karbon,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa berucap semasa Program Penanaman Pokok “1 Ras 1 Pokok” Dan Denai Sungai Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2023 di sini pada Khamis. 

Tambah Dato Majang Renggi, beliau optimis Sarawak akan menjadi sebagai peneraju dalam perubahan iklim dan inisiatif perdagangan karbon di rantau ini bagi menarik pelaburan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan. 

Sementara itu, Pengurus Besar Press Metal Bintulu Sdn Bhd Kenzer Tan menekankan kepentingan program seperti ini untuk membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dan pemanasan global.

Jelasnya, sebagai sebuah syarikat swasta, Press Metal memandang serius tanggungjawab ini dan telah mengorak langkah besar dengan bekerjasama dengan Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk menanam 500 pokok di sekitar kawasan Taman Negara Similajau.

“Ini juga untuk menyokong matlamat kerajaan Sarawak untuk menanam 25 juta pokok menjelang 2025,” katanya.-EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman