Show More Menu
×

Pentadbiran Bahagian Bintulu

Bersatu Berusaha Berbakti

picture

News

 

KEJOHANAN ESPORT BERI PELUANG KEPADA BELIA TEROKA KERJAYA

Posted on 30 May 2023
Source of News: UKAS SARAWAK

BINTULU: Kejohanan sukan elektronik atau Esports mampu memberi peluang kepada individu dan belia untuk meneroka laluan kerjaya dalam industri sukan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming berkata bahawa pertumbuhan esports menyaksikan populariti yang luar biasa di seluruh dunia dan menyediakan platform untuk individu berbakat mempamerkan kemahiran mereka.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Bintulu Esports Championship X Culture 2023 anjuran Pejabat Residen Bahagian Bintulu di sini pada Ahad.

Sementara itu, Residen Bintulu Nyurak Keti berharap penganjuran acara ini dapat mencungkil bakat dan mencari atlet pelapis sukan elektronik untuk menarik minat pelbagai peringkat umur terhadap sukan berkenaan.

Ucap beliau, pihaknya juga ingin menjadikan Bahagian Bintulu lebih dikenali sekaligus mempromosikan adat dan budaya Sarawak memandangkan kedatangan pengunjung ke Bintulu melalui kejohanan ini semestinya memberi impak positif kepada industri pelancongan negara.

Dalam pada itu, terdapat kategori khas untuk dimenangi oleh individu bagi setiap kategori iaitu Anugerah Most Valuable Player (MVP). – EDISI UKAS



Copyright © Pentadbiran Bahagian Bintulu
Last Updated On 25 Apr 2024

Isnin - Khamis
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5.00pm

Jumaat
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Kaunter Tutup
picture Undian
picture Pengumuman